Skip to main content

Berita: DBKK, JBPM LAKSANA OPERASI BERSEPADU KE ATAS DUA PREMIS HIBURAN

  • -

    11 SEPTEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah telah mengadakan operasi bersepadu ke atas dua (2) buah premis hiburan yang beroperasi di pusat bandar, pada 08 September 2025.

    Operasi yang diadakan bermula 8.30 malam ini telah diketuai oleh Encik Mohd. Pisar bin Aziz, Pengarah JBPM Negeri Sabah dan Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi), DBKK serta penglibatan seramai 30 anggota daripada JBPM Negeri Sabah dan DBKK, iaitu Jabatan Pelesenan dan Jabatan Kawalan Bangunan.

    Objektif utama pelaksanaan operasi bersepadu ini ialah untuk memeriksa keselamatan kebombaan premis hiburan, menilai pematuhan syarat lesen DBKK dan menguatkuasakan tindakan terhadap pelanggaran operasi tanpa kebenaran.

    Hasil pemeriksaan di kedua-dua premis hiburan ini mengesan pelbagai kesalahan seperti melakukan renovasi tanpa kelulusan pelan, laluan kecemasan terhalang, sistem pam air kebombaan gagal berfungsi, pelanggaran kebombaan dan lesen operasi yang telah tamat tempoh.

    Sebagai tindakan susulan, JBPM Negeri Sabah telah memberikan amaran lisan dan nasihat keselamatan kepada premis berkenaan, dengan tempoh sebulan diberikan untuk pembetulan. Sementara itu, DBKK akan memantau isu renovasi yang dilakukan tanpa kelulusan, selain memberi amaran lisan dan tempoh sehingga hujung bulan September untuk pembaharuan lesen.

    DBKK dan JBPM Negeri Sabah sentiasa komited dalam memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan masyarakat sentiasa terjaga. Pemeriksaan susulan premis-premis hiburan ini akan dilaksanakan bagi memastikan tindakan pembetulan telah diambil.

    Sumber info dan foto: Jabatan Pelesenan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK