Berita: DBKK ANJUR TAKLIMAT MyTQA DI GALERI DOUBLE SIX, SEMBULAN
27 OKTOBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa telah menganjurkan Taklimat Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) bertempat di Galeri Double Six, Sembulan pada 24 Oktober 2025.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Noorshanti binti Huddin dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan bertujuan memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih mendalam mengenai piawaian pengiktirafan kualiti pelancongan Malaysia.
Seramai 30 anggota DBKK daripada pelbagai jabatan telah menghadiri program ini, termasuk Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Jabatan Landskap, serta Jabatan Botani.
Turut hadir ialah Puan Hajah Fauziahton binti Ag. Samad, Pengarah Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK.
Semoga penganjuran taklimat ini menjadi garis panduan penting dalam memastikan perkhidmatan pelancongan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu terus mencapai tahap kualiti yang cemerlang.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



