Berita: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SIRI 8/2025 KEMBALI MERIAHKAN KK SENTRAL
29 OKTOBER 2025: Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat Siri 8/2025 kembali memeriahkan suasana di KK Sentral, bermula 8 pagi hingga 5 petang, pada 25 Oktober 2025.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar menerusi penganjuran pelbagai program pelancongan dengan menggalakkan penglibatan daripada komuniti setempat.
Program dimulakan dengan acara KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride yang melibatkan peserta daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Menerusi acara ini, para peserta berpeluang untuk berbasikal sambil melawat ke pusat-pusat ibadah, di mana mereka turut diberi taklimat ringkas. Tiga (3) lokasi persinggahan dalam acara ini ialah Gurdwara Sahib Sikh Temple, Masjid Negeri Sabah dan Sacred Heart Cathedral.
Di KK Sentral, para pengunjung yang hadir telah menyaksikan persembahan tarian tradisional yang dibawakan oleh Kumpulan Penari Mari-Mari Cultural Village. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti santai seperti Demo Seni Jahitan, Sesi Bersama Pempamer dan pertandingan.
Berikut adalah senarai penuh pemenang mengikut pertandingan:
PERTANDIGAN MELUKIS & MEWARNA
I.) Kategori Sekolah Rendah
Johan: Siti Aaisyah Azzahra
Naib Johan: Muhammad Nur Faris bin Maslan
Ketiga: Nur Miqaila Firzanah bt. MaslanII.) Kategori Sekolah Menengah
Johan: Yeong Tian Xin
Naib Johan: Nur Alieya binti Razib
Ketiga: Muhammad Amerr Zharfan bin RazibPERTANDINGAN MENYUSUN LEGO
Johan: Encik Razib
Naib Johan: Encik Aron Banua
Ketiga: Arief Hakeem Hassim
Saguhati: Muhammad Nur Muazzam bin MaslanPERTANDINGAN MEMBUAT LAYANG-LAYANG
Johan: Nadia Azman & Adia Amanda
Naib Johan: Kumpulan Tuhau
Ketiga: Ifwat B. Razak & Nasir B. Abdul Razak
Saguhati: Aron Banua & Adam AnaqiProgram kemudian diteruskan dengan sesi taklimat berkaitan kempen-kempen DBKK, antaranya ialah Kempen Perangi Lipas, Lalat, Tikus dan Nyamuk (LiLaTiN) oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK; Kempen KK Bersih dan Hijau oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK dan Smart City Friends oleh Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK.
Penganjuran program ini akan diteruskan pada Sabtu kedua, setiap bulan. Jumpa anda di siri seterusnya!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



