Skip to main content

Berita: KUNJUNGAN HORMAT KONSULAT JENDERAL REPUBLIK KOREA (KOREA CONSULATE GENERAL) KEPADA DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

  • -

    23 Disember 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jenderal Republik Korea (KCG) Kota Kinabalu pada 19 Disember 2025, yang diketuai oleh Konsul Jeneral, Encik Choi Bongkyu.

    Kunjungan hormat ini diadakan sebagai tanda memperkukuh hubungan dua hala antara DBKK dan Konsulat Jenderal Republik Korea, selain menjadi platform untuk memperkenalkan kepimpinan baharu pihak KCG kepada warga DBKK.

    Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara konstruktif merangkumi beberapa bidang utama. Antara perkara yang dibincangkan ialah usaha bersama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan bandar raya.

    Selain itu, kedua-dua pihak membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang ekonomi, pelancongan, pembangunan modal insan dan program komuniti, sejajar dengan aspirasi Kota Kinabalu sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa yang berdaya saing, inklusif dan lestari.

    DBKK menyambut baik komitmen Konsulat Jenderal Republik Korea, dalam memperkukuh hubungan dua hala yang lebih strategik dan berimpak tinggi. Kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengeratkan lagi jaringan kerjasama antara Kota Kinabalu dan Republik Korea demi kepentingan bersama, pembangunan serantau, dan kesejahteraan masyarakat.

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Unit Penerangan, Pejabat Mayor DBKK
    Bella Berhaman
    Pegawai Penerangan

    Mohd. Asruddey Rusli
    Jurugambar