Berita: DBKK LAKSANA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN POKOK BERISIKO TINGGI
07 OKTOBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil maklum penularan video di media sosial yang berkaitan aduan pokok berisiko tinggi di kawasan perumahan, baru-baru ini.
Bertindak melalui Jabatan Landskap, DBKK, kerja-kerja penyelenggaran seperti cantasan merendah pokok telah dilaksanakan dengan melantik perkhidmatan luar melibatkan kos bernilai RM8,000.
Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, pokok berkenaan dikenal pasti sebagai Khaya Senegalensis atau lebih dikenali sebagai Mahagoni.
Pokok spesis Khaya Senegalensis memiliki ciri-ciri penumbuhan yang agresif dan bersaiz besar, menjadikannya kurang sesuai dan berisiko tinggi untuk ditanam di kawasan perumahan.
Selain itu, DBKK turut menjalankan pemeriksaan menyeluruh di sekitar kawasan perumahan ini dan sebanyak 147 pokok Khaya Senegalensis telah direkodkan.
Kesemua pokok ini berada dalam pemerhatian DBKK untuk kerja-kerja pemangkasan yang dianggarkan akan mengambil masa dan kos yang tinggi.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



