Berita: DBKK LAKSANA OPERASI PEMBERSIHAN PARIT KOMERSIAL SEGAMA, SINSURAN DAN KAMPUNG AIR
02 JANUARI 2026: Sebagai langkah proaktif dalam memastikan persekitaran bandar raya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan lestari, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Landskap telah melaksanakan Operasi Pembersihan Parit Komersial di sekitar pusat Bandaraya Kota Kinabalu, pada 20 hingga 23 Disember 2025.
Kerja-kerja pembersihan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencegah masalah saliran tersumbat akibat daripada sisa sampah sarap dan sisa pepejal komersial. Skop operasi ini tertumpu kepada tiga (3) kawasan utama, iaitu Segama, Sinsuran dan Kampung Air.
DBKK akan terus mempergiat pelaksanaan operasi pembersihan parit komersial ini dari masa ke masa, serta memperluas usaha ini ke sekitar kawasan Bandaran, Jalan Gaya dan lain-lain.
Orang awam dan penjaja diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu dan membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang telah ditetapkan.
Kebersihan bandar raya, tanggungjawab bersama.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



