Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT YAM TENGKU SYARIF LAKSAMANA PERLIS DAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR
28 FEBRUARI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), pada 26 Februari 2025.
Ketibaan rombongan ini telah disambut mesra oleh Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK bersama-sama Ketua-ketua Jabatan, DBKK.
Turut serta dalam kunjungan ini ialah Yang Berhormat Encik Mohd. Ridzuan bin Hashim, EXCO Belia dan Sukan Negeri Perlis; Encik Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis; Encik Ahmad Tarmizi bin Mohd. Asarani, Sub Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Ts. Haji Muhammad Husairi bin Md. Taib, Ketua Jabatan Institut Latihan Perindustrian Kangar.
Rombongan kemudian telah diberikan taklimat berkaitan “Pengurusan Sisa Pepejal di Bandaraya Kota Kinabalu” oleh Encik Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK yang mengupas dengan lebih mendalam mengenai strategi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bandar raya ini.
Sebelum majlis berakhir, wakil-wakil DBKK bersama-sama rombongan telah mengambil bahagian dalam sesi interaktif dan soal jawab yang memberi ruang kepada perbincangan dua hala melibatkan strukur pentadbiran PBT, selain mengutarakan persoalan dan idea-idea penambahbaikkan.
DBKK amat berbesar hati atas kesudian Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis berkongsi pengalaman dan ilmu yang sudah tentunya akan dimanfaatkan bagi menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan kepada warga bandar raya Kota Kinabalu.
Menjunjung kasih Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan rombongan Majlis Perbandaran Kangar.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



