Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MUSIC AUTHORS’ COPYRIGHT PROTECTION (MACP) BERHAD
14 SEPTEMBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Music Authors’ Copyright Protection (MACP) Berhad, pada 9 September 2026.
Delegasi MACP telah diketuai oleh Encik Roger Wang, Ahli Lembaga Pengarah bagi Malaysia Timur.
Ketibaan delegasi disambut oleh Encik Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Pelesenan, DBKK bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelesenan, DBKK.
Pertemuan ini diharap dapat memperkukuh hubungan sedia ada serta membuka ruang kepada kerjasama yang lebih baik di antara DBKK dan MACP.
Terima kasih atas kunjungan ke DBKK!
Sumber Info: Jabatan Pelesenan, DBKKFoto: Bazlie Amir
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



