Skip to main content

Berita: JABATAN BOTANI, DBKK TERIMA LAWATAN PENDIDIKAN DAUGHTERS & SONS CENTRE KOTA KINABALU

  • -

    28 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Botani telah menerima lawatan pendidikan daripada Daughters & Sons Centre Kota Kinabalu dalam satu sesi yang ceria, aktif dan penuh makna, pada 23 April 2026.

    Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai alam sekitar serta memupuk minat pembelajaran secara langsung. Pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan apabila kanak-kanak berpeluang untuk belajar secara terus bersama alam sekitar.

    Sepanjang program berlangsung, mereka telah didedahkan kepada suasana pembelajaran di luar bilik darjah melalui sesi taklimat, aktiviti bersama guru serta lawatan ke sekitar Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah.

    Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Pakej Pendidikan Botani dan Alam Sekitar yang ditawarkan di Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah. Pakej ini sesuai untuk penyertaan tadika, sekolah, institusi pendidikan, agensi dan komuniti yang ingin menjalankan aktiviti berasaskan alam semula jadi secara interaktif dan menyeronokkan.

    Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi Urus Setia di talian 012-8366750 (Encik Jickron Jolidi).

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari
    #TamanBotaniTunFuadStephensSabah
    #PembelajaranLuarBilikDarjah

    Dikeluarkan oleh
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK