Skip to main content

Berita: JOM KENALI GALERI DOUBLE SIX SIRI 2 BERSEMPENA DENGAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

  • -

    13 OKTOBER 2025: Program Jom Kenali Galeri Double Six Siri 2 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa (JPIHEA) kini kembali bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Sedunia, di Galeri Double Six, pada 11 Oktober 2025.

    Seramai 30 orang kanak-kanak berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun yang juga merupakan ahli berdaftar Smart City Friends (SCF) telah mengambil bahagian dalam program ini yang menawarkan pelbagai aktiviti bersifat edukatif dan interaktif.

    Tujuan utama program seumpama ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran umum berkaitan galeri dan fungsinya selain memberi peluang kepada ahli-ahli SCF untuk mendalami nilai sejarah.

    Antara pengisian program pada kali ini ialah lawatan berpandu, tayangan video sejarah ‘Double Six’, Jejak Sejarah (Treasure Hunt), Susun Lego (Magnetic Mini Craft Block), aktiviti mewarna bertemakan ‘Hari Kanak-Kanak Sedunia’ dan Pertandingan Kapal Kertas.

    Dalam usaha untuk mencapai objektif program, JPIHEA, DBKK akan meneruskan penganjuran program Jom Kenali Galeri Double Six secara bulanan. Jumpa lagi di siri akan datang!

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK