Skip to main content

Berita: KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) KEPADA DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

  • -

    15 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di Bilik Mesyuarat, Bangunan DBKK pada 14 April 2026.

    Mengetuai rombongan FAMA adalah Encik Sebastian Chew, Pengarah FAMA Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama pegawai-pegawai FAMA.

    Ketibaan rombongan disambut dengan penuh mesra oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK. Hadir sama ialah Ketua-ketua Jabatan berkaitan serta pegawai-pegawai kanan, DBKK.

    Menerusi kunjungan ini, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan mengenai penganjuran Program Jualan Agro Madani yang dijadualkan berlangsung pada 09 hingga 10 Mei 2026, bertempat di Lintasan Deasoka.

    Kerjasama ini diharap akan memperkasakan lagi usaha mempromosi hasil pertanian tempatan kepada masyarakat umum, sekali gus membuktikan keberkesanan inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat melalui akses kepada barangan keperluan pada harga yang berpatutan.

    Sumber Info: Jabatan Pelesenan, DBKK
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam, DBKK
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK