Skip to main content

Berita: MAJLIS BERBUKA PUASA DBKK BERSAMA TUAN YANG TERUTAMA TUN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) MUSA BIN HAJI AMAN, YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH DAN YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATIN SERI PANGLIMA DATUK HAJAH FARIDAH BINTI HAJI TUSSIN

  • 15 MAC 2025: Kemuliaan bulan Ramadan diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Bersama Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, yang diadakan pada 12 Mac 2025 bersamaan dengan 11 Ramadan 1446H.

    Majlis yang berlangsung di The Magellan Sutera Resort ini telah ditambah seri dengan kehadiran YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, JP, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah; YB Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah; YB Pembantu-pembantu Menteri serta isteri dan suami; YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selaku Pengerusi Majlis serta isteri, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi dan YBhg. Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah.

    Majlis dimulakan dengan hidangan jamuan berbuka puasa yang diiringi alunan muzik daripada Kumpulan Gambus Warisan Tari Binsulok (KUSWARI).

    Seusai itu, majlis diteruskan dengan penyampaian tazkirah yang bertajuk, “Kelebihan Puasa Ramadan”, yang memberikan pemahaman mendalam berkaitan hikmah dan nilai-nilai keagamaan di bulan suci ini.

    Selain berbuka puasa bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah, warga DBKK serta para jemputan juga berkesempatan untuk menunaikan solat fardhu dan solat terawih secara berjemaah.

    Sebelum tirai majlis dilabuhkan, TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 30 anak yatim dan asnaf dari dua (2) buah rumah anak yatim, iaitu Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kariah Tanjung Aru.

    Semoga majlis berbuka puasa ini dapat mengeratkan ukhuwah dan membawa rahmat di bulan yang penuh keberkatan ini.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez & Mohd. Asruddey Rusli

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK