Berita: PERTANDINGAN AKHIR SUGANDOI KAAMATAN PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU 2026 RAIH SAMBUTAN HANGAT
07 MEI 2026: Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 telah berlangsung dalam suasana yang meriah dengan persembahan bakat vokal yang cukup bertenaga, di The Oval, IMAGO Shopping Mall, pada 02 Mei 2026.
Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu bersama isteri, YBhg. Datin Sri Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi.
Hadir sama ialah YBrs. Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026; Puan Rosie Inus Molukun, Pengarah Jabatan Korporat dan Antarabangsa, DBKK selaku Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 dan Ms. Trish Ang, Centre Manager, IMAGO Operations Centre selaku rakan strategik.
Kemuncak pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026 menyaksikan seramai 20 finalis berentap untuk mara ke peringkat negeri. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:
KATEGORI TERBUKA
Juara (mewakili Bandaraya Kota Kinabalu):
Hannah Jean Roney
Kedua (mewakili KDCA Tg Aru):
Keyrolina Roger
Ketiga (mewakili Likas):
Muhlis Husrev OzkanKeempat:
Sabrin DenisSaguhati:
Jeremy Aames James
Dezellynn Sonny
Boby Jacktro Majin
Dannia Butiza Danny MalinggiKATEGORI DAZANAK
Johan (mewakili Bandaraya Kota Kinabalu):
Qistina Izz Zara binti RoblinNaib Johan (mewakili KDCA Tg. Aru):
Myra Eve Fernandez
Ketiga (mewakili Likas):
Dea Telisha FelixKeempat:
Eidven Jay JacklesSaguhati:
Eva Novela Noraimin
Sarah Ashley JaliKATEGORI SONGKOTOUN
Johan (mewakili Bandaraya Kota Kinabalu):
Francis Odoi
Kedua (mewakili KDCA Tg. Aru):
Hilary Petrus
Ketiga (mewakili Likas):
Romeo Ansow
Keempat:
George AwangSaguhati:
Kiniah @ Mary binti Galanson
Severia TunggolouSementara itu, YBhg. Dato’ Sri Mayor turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi Anugerah Tambahan (Kategori Terbuka), iaitu Keyrolina Roger (Persembahan Terbaik) dan Hannah Jean Roney bagi Vokal Terbaik serta Susunan Muzik Baharu.
Warga Bandaraya Kota Kinabalu, sama-sama kita nyatakan sokongan kepada kesemua wakil Sugandoi Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 yang mara ke Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026!
"Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian"
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



