Berita: PROGRAM CERAMAH IHYA’ RAMADHAN 1447H 2026M DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
16 MAC 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Program Ceramah Ihya’ Ramadhan 1447H/2026M DBKK yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 13 Mac 2026.
Hadir sama dalam program ini ialah barisan Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Jabatan serta kakitangan DBKK yang beragama Islam.
Penganjuran ceramah ini di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan peluang untuk meningkatkan ketaqwaan bertujuan untuk berkongsi ilmu bagi menyuntik semangat dan memberikan kefahaman mendalam mengenai pengisian ibadah di bulan yang mulia ini.
Objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai fadhilat dan hukum berkaitan puasa serta amalan sunat di bulan Ramadhan; memberikan motivasi untuk meningkatkan kualiti ibadah dan akhlak; serta mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara warga organisasi atau komuniti menerusi majlis ilmu.
Antara pengisian program adalah sesi ceramah “Memburu Lailatul Qadar: Malam Seribu Bulan” yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Ridzuan bin Kaplin, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), manakala Al Fadhil Ustaz Hamdi bin Yusop, Qari Negeri Sabah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Sumber Info: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
Foto: Renaldo Fernandez
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



