Skip to main content

Berita: PROGRAM KKCC NEXTGEN 2026 - SIRI 2 "HAK KANAK-KANAK (CRC+CFC) & PENYERTAAN DALAM PEMBANGUNAN KOMUNITI"

  • -

    25 MEI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan dan Inovasi meneruskan penganjuran Program KKCC NextGen 2026 bagi Siri 2 "Hak Kanak-kanak (CRC+CFC) & Penyertaan Dalam Pembangunan Komuniti", bertempat di Galeri Double Six, Sembulan pada 16 Mei 2026.

    Sesi pada kali ini telah dipimpin oleh Puan Hajah Baisyah Ag. Mahmon selaku penceramah jemputan dengan penyertaan seramai 27 orang peserta, yang terdiri daripada Ahli Majlis Kanak-kanak - DBKK (MKK-DBKK) serta peserta luar.

    Program ini dianjurkan bagi memperkasa potensi kepimpinan kanak-kanak dan remaja menerusi pendedahan kepada kemahiran, kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan.

    Selain itu, pengisian program ini direka khusus untuk membentuk generasi pemimpin muda yang berdaya saing, berintegriti dan bersedia memimpin komuniti ke arah pembangunan mampan.

    Bagi mendapatkan jadual program KKCC NextGen 2026 bagi sesi seterusnya atau membuat pendaftaran, layari pautan https://forms.gle/BwbQ1Qddft7acuEY8

    Sebarang pertanyaan lanjut, urus setia program boleh dihubungi di talian berikut:

    011-33327606 (Puan Aini Omarkhan)
    013-6066899 (Puan Azwa Harun)
    088-244000 (Pejabat JPI)

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK