Berita: PROGRAM PELANCONGAN LESTARI 'CITRA KASIH': COMMUNITY TO COMMUNITY (C2C) PROGRAM & 'ZERO WASTE ISLAND': 'WASTE TO WEALTH' (W2W) PROGRAM "TEROKAI PULAU SEPANGGAR - DESTINASI PELANCONGAN LESTARI"
18 SEPTEMBER 2026: Langkah memperkukuh potensi Pulau Sepanggar sebagai destinasi pelancongan lestari diteruskan menerusi Program Pelancongan Lestari 'Citra Kasih': Community to Community (C2C) Program& 'Zero Waste Island': 'Waste to Wealth' (W2W) Program "Terokai Pulau Sepanggar - Destinasi Pelancongan Lestari" pada 16 Ogos 2026.
Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat dengan sokongan daripada SwePP Academy, komuniti Desa Cinta Kobuni dan Jabatan Penguatkuasaan, DBKK ini disertai seramai 80 orang peserta komuniti.
Program ini turut merangkumi pelbagai aktiviti yang memberi ruang kepada komuniti untuk meneroka kreativiti serta mempelajari kemahiran baharu. Antara pengisian utama ialah taklimat dan bengkel Citra Kasih yang terbahagi kepada dua sesi, iaitu pembuatan ‘Coconut Shell Lamp & Flower’ dan ‘Candle Making’.
Inisiatif ini turut membuka ruang kepada pembangunan produk komuniti sebagai tarikan pelancongan, di samping mewujudkan peluang ekonomi dan memperkenalkan Kampung Pulau Sepanggar sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti dan lestari.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



