Skip to main content

Berita: TAHNIAH DBKK ATAS KEMENANGAN ANUGERAH STANDARD PELANCONGAN ASEAN (2020-2022)

  • -

    Tahniah kepada DBKK kerana telah memenangi Anugerah Standard Pelancongan Asean (2020-2022) (Asean Clean Tourist City Standard Award 2020-2022).

    Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada hari ini di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Puan Fauziahton Abdul Samad, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa mewakili Ybhg Datuk Mayor untuk menerima anugerah tersebut.

    Tahniah! Semoga kemenangan ini menjadi pendorong kepada semua.