Skip to main content

Berita: TAKLIMAT SISTEM i-DO ORGANISATIONAL ANTI CORRUPTION PLAN (OACP) DARIPADA BAHAGIAN INTEGRITI DAN GOVERNANS NEGERI SABAH (BIGoNS)

  • -

    16 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) telah mengadakan Taklimat Sistem i-Do Organisational Anti Corruption Plan (OACP), di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 15 April 2026.

    Hadir dalam taklimat ini ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; barisan Pengurusan Tinggi, Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan, DBKK.

    Taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada BIGoNS, iaitu Encik Mohd. Gazali bin Suhaili dengan dibantu oleh Encik Pengiran Muhammad Suhayl Azmin bin Pg. Muhammad Suffian, yang memfokuskan kepada fungsi dan kaedah penggunaan Sistem i-Do, khususnya dalam menyediakan laporan dan pengemaskinian Pelan Anti Rasuah (PAR) DBKK dengan lebih teratur dan sistematik.

    Penggunaan Sistem i-Do merupakan satu langkah signifikan dalam membantu memantau, menilai serta melaporkan kemajuan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah PAR DBKK dengan lebih berkesan dan telus.

    Penganjuran taklimat ini juga menjadi ruang interaksi yang lebih terbuka, dengan memberikan peluang kepada semua yang hadir untuk saling bertukar pandangan, memperluas perspektif serta mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.

    DBKK akan terus komited dalam usaha memperkukuh pelaksanaan inisiatif integriti serta memastikan tadbir urus yang baik, telus dan berimpak tinggi sentiasa menjadi keutamaan.

    Sumber Info: Bahagian Integriti, DBKK
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK