Skip to main content

Berita: TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP KENDERAAN YANG MENGHALANG LALU LINTAS DI TANJUNG ARU

  • -

    27 OKTOBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima aduan awam berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku di Tanjung Aru baru-baru ini, berpunca daripada tindakan segelintir individu yang meletakkan kenderaan mereka di jalan serta kawasan awam yang tidak dibenarkan.

    Bertindak atas aduan tersebut, seramai lima (5) anggota daripada Jabatan Penguatkuasaan, DBKK telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati beberapa kenderaan telah diletakkan secara tidak teratur hingga menyebabkan gangguan kepada aliran trafik di kawasan berkenaan.

    Susulan itu, sebanyak 14 keping tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (Peruntukan Tempat-tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Awam Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014.

    Hadir sama di lokasi adalah anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang turut mengambil tindakan terhadap pesalah trafik.

    DBKK merakamkan penghargaan kepada IPD Kota Kinabalu di atas kerjasama dan sokongan berterusan dalam memastikan keselamatan dan keteraturan di sekitar bandar raya sentiasa terpelihara.

    Orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas yang berkuat kuasa bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta kesejahteraan pengguna jalan raya.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penguatkuasaan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK