Skip to main content

Berita: TAWARAN PENGURANGAN 50% BAGI TUNGGAKAN KOMPAUN DBKK!

  • -

    Anda tunggakan kompaun tempat letak kereta? Inilah masa untuk selesaikannya! 

    Sempena Sambutan Hari Sabah dan Hari Kebangsaan 2026, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menawarkan pengurangan 50% bagi tunggakan kompaun kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil berkaitan tempat letak kereta dan jalan-jalan serta tempat awam.

    31 Ogos – 16 September 2026
    PENGURANGAN 50%

    Bayaran boleh dibuat melalui:

    1. Aplikasi Sabah Smart Parking
    2. Kiosk / Pondok Tempat Letak Kereta DBKK Holdings
    3. Kaunter DBKK Holdings di KK Plaza, Bangunan Ibu Pejabat DBKK & Centre Point Sabah
    4. Kaunter DBKK UTC
    5. Kaunter DBKK di Dewan Damai

    Pengecualian: Tawaran ini tidak terpakai bagi kes yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah.
    Jangan tunggu sampai saat akhir. Jom bayar kompaun, manfaatkan pengurangan 50% dan selesaikan tunggakan anda! 
     

    • DBKK Holdings: 088-270 181 / 182 | 012-7690181
    • Jabatan Penguatkuasa DBKK: 088-521800

    #SabahSmartParking #DBKK#KotaKinabalu #PenguranganKompaun #KompaunDBKK#HariSabah#HariKebangsaan #Sabah2026#MalaysiaMadani #JomBayarKompaun

    Sumber: Sabah Smart Parking