Berita: TAHNIAH! DBKK RAIH HONOUR AWARD DI SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS 2026 (SLAA 2026)
20 OKTOBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah berjaya meraih Honour Award bagi kategori Government (Public Sector) – Local Authority City Hall menerusi projek Revitalising City Park sempena Sabah Landscape Architecture Awards 2026 (SLAA 2026) di Sabah International Convention Centre, pada 16 Oktober 2026.
Program berprestij ini dianjurkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian dalam bidang seni bina landskap, di samping menyokong agenda penghijauan dan pembangunan landskap mampan di Sabah.
Majlis penganugerahan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri II, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) kepada YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK. Hadir sama ialah Puan Hajah Salmah Aplasin, Pengarah Jabatan Landskap, DBKK serta pegawai Jabatan Landskap, DBKK.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen dan usaha berterusan DBKK dalam mempertingkatkan kualiti landskap bandar, memperindah semula ruang awam serta mewujudkan persekitaran yang lebih lestari menarik dan mesar komuniti.
Kejayaan ini turut mencerminkan dedikasi, kreativiti dan kerjasama seluruh warga Jabatan Landskap, DBKK dalam merealisasikan pembangunan landskap yang berkualiti demi kesejahteraan masyarakat, sekali gus menyokong aspirasi Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Peranginan Semula Jadi.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan kecemerlangan dalam pembangunan landskap bandar pada masa hadapan.
Tahniah!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



