Skip to main content

Berita: ANEKA JUADAH, AKTIVITI SANTAI MENJADI TARIKAN DI FIESTA MAKAN-MAKAN

  • 08 FEBRUARI 2025: Kepelbagaian juadah dan aktiviti yang ditawarkan di lebih 100 lot gerai jualan Fiesta Makan-makan menjadi tarikan umum, pada hari ini.

    Acara yang berlangsung di sekitar Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ini terbahagi kepada lapan (zon utama, iaitu Zon Makanan Sabah, Zon Western Food & Panggang, Zon Makanan Viral & Buah-buahan, Zon Artisan, Zon Mini Games & Rumah Hantu, Hot Wheels, Food Truck dan lot promosi.

    Orang ramai yang berkunjung turut berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga di Zon Mini Games & Rumah Hantu yang terdapat Rumah Puaka, sesuai bagi mereka yang ingin mencabar keberanian diri. Manakala, bagi mereka yang mencari aktiviti yang santai dan sesuai untuk penyertaan seisi keluarga, bolehlah mencuba Automobil Rides, Belon Gergasi Berlampu dan Pertandingan Hot Wheels.

    Bah, orang-orang KK, Fiesta Makan-makan akan berlangsung sehingga 12 tengah malam ini. Hujung minggu ini, jom santai bersama keluarga dan kawan-kawan.

    Jumpa anda malam ini!

    Foto: Renaldo Fernandez

    #SambutanUTB25JubliPerak
    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA DBKK