Skip to main content

Berita: SEMARAKKAN JIWA MERDEKA DI KOTA KINABALU DENGAN KIBARAN JALUR GEMILANG & BENDERA SABAH

  • -

    14 OGOS 2025: Aura sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah semakin terasa di setiap sudut Bandaraya Kota Kinabalu dengan kibaran megah Jalur Gemilang dan Bendera Sabah yang menghiasi jalan-jalan utama serta laluan protokol bandar raya.

    Setakat ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kejuruteraan telah memasang lebih 2,500 Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di sekitar bandar raya, antaranya di pusat bandar Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Kolombong, Damai, Luyang, Kepayan dan sepanjang Teluk Likas.

    Usaha ini akan diteruskan dari masa ke masa, bagi memastikan semangat patriotisme terus membara dalam jiwa warga kota menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos kelak.

    DBKK mengajak seluruh warga Kota Kinabalu untuk turut sama menyemarakkan kempen ini dengan mengibarkan bendera di premis, kediaman dan ruang awam masing-masing. Bersama kita jadikan bandar raya ini lebih meriah, berwarna-warni dan penuh dengan semangat kemerdekaan.

    Jalur Gemilang dan Bendera Sabah bukan sekadar kain yang berkibar, tetapi lambang maruah, perpaduan dan identiti kita sebagai rakyat. Oleh itu, kibarkanlah ia dengan penuh hormat mengikut tatacara dan protokol yang telah ditetapkan.

    Ayuh, sama-sama kita hiasi seluruh pelusuk Bandaraya Kota Kinabalu dengan kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah!

    Kibarkan Bendera, Semarakkan Jiwa Merdeka!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Sumber Foto: Renaldo Fernandez & Jabatan Penguatkuasaan, DBKK

    #HKHM2025
    #MalaysiaMADANI
    #RakyatDisantuni
    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK