Berita: DBKK LAKSANA SESI CABUTAN UNIT RUMAH TAMAN PRR PUTERA KIANSOM, INANAM
20 OGOS 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pengurusan Harta telah mengadakan Sesi Cabutan Unit Rumah di Taman Perumahan Residensi Rakyat (PRR) Putera Kiansom, Inanam bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal, pada 19 Ogos 2025.
Seramai 545 penduduk telah hadir bagi menentukan unit kediaman masing-masing melalui proses cabutan yang dijalankan secara adil, telus dan sistematik, melibatkan penduduk di enam (6) blok PRR. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha DBKK dalam memastikan kesejahteraan dan keselesaan warga penduduk terus terjamin.
Terdahulu, Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Taman Perumahan Residensi Rakyat (PRR) Putera Kiansom, Inanam telah disempurnakan pada 11 Julai 2025 oleh Yang Berhormat Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Turut hadir meninjau perjalanan program adalah Puan Hajah Jamaliah binti Basir, Pengarah Jabatan Pengurusan Harta, DBKK.
DBKK merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk Taman PRR Putera Kiansom yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan sesi pada hari ini. Semoga usaha ini memberi manfaat yang berpanjangan kepada semua penduduk.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Harta, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



