Acara: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’
Orang ramai dijemput untuk sama-sama hadir dan memeriahkan lagi Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ yang akan membawakan tema “Pesta Kaamatan”, di KK Sentral, pada 10 Mei 2025!
Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk penyertaan seisi keluarga, bermula pukul 7 pagi hingga 5 petang.
Antara aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang program ialah Acara Berbasikal KK Love Bike: Free Ride Tour S2 & KK Harmony Ride, Pertandingan Mewarna & Melukis Kanak-Kanak Menggunakan Paperseed, Pertandingan Eco-Craft Menggunakan Beads, Pertandingan Congkak, Pertandingan Membuat Sigar dan TikTok Challenge.
Selain itu, orang ramai turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang lebih santai seperti Persembahan Tradisional Gong (Komuniti Homestay Id Pogimpaan), Demo Seni Jahitan dan aktiviti memanah.
Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ merupakan hasil kerjasama bersama Kraftangan Malaysia, Sabah Tourism Board (STB), Balai Seni Lukis, DBKK Holdings Sdn. Bhd., MATTA, Sabah Tourist Guide Association (STGA) dan Komuniti Homestay Id Pogimpaan).
Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar menerusi pelbagai program pelancongan dan aktiviti komuniti.
Pada masa yang sama, program ini turut mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan yang menampilkan keunikan budaya dan kaum yang terdapat di Negeri Sabah.
Bah, warga Bandaraya Kota Kinabalu, sama-sama kita meriahkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ yang akan berlangsung pada Sabtu ini!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



