Skip to main content

Berita: LAWATAN KERJA YB MENTERI WANITA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT KE HOSPITAL QUEEN ELIZABETH 1

  • -

    17 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah diwakili oleh Yang Berusaha Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), bagi menghadiri lawatan kerja YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat ke Hospital Queen Elizabeth I, pada 07 April 2026.

    Hadir dalam lawatan ini ialah YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah; YB Datuk Rina Haji Jainal, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dan YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

    Dalam lawatan kerja ini, rombongan telah diberikan taklimat ringkas oleh Datuk Dr. Abd Kahar bin Abd Asis, Pengarah Hospital Queen Elizabeth, sebelum meninjau fasiliti yang terdapat di sekitar hospital.

    Lawatan ini memberi ruang untuk meneliti isu-isu berbangkit dalam bidang kuasa DBKK, sekali gus mengenal pasti keperluan tindakan serta penyelarasan lanjut yang perlu dilaksanakan.

    Turut hadir dalam lawatan ini ialah Encik Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal serta pegawai-pegawai DBKK.

    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK