Berita: SESI PENILAIAN PERTANDINGAN KREATIF POTRET TOKOH PEMIMPIN SABAH
27 APRIL 2026: Sebanyak 100 penyertaan karya telah diterima dan dinilai dalam Sesi Penilaian Pertandingan Kreatif Potret Tokoh Pemimpin Sabah yang diadakan pada 16 dan 17 April 2026 di Galeri Double Six, Sembulan .
Jumlah penyertaan ini merangkumi tiga (3) kategori utama yang dipertandingkan, iaitu;
Kategori A (Sekolah Rendah)
Kategori B (Sekolah Menegah)
Kategori C (Institusi Pengajian Tinggi, Belia dan Terbuka 18 tahun ke atas)Karya yang dipersembahkan merangkumi pelbagai gaya, teknik dan medium, sekali gus mencerminkan bakat serta keunikan seni setiap peserta.
Sesi penilaian ini dibarisi oleh juri yang berpengalaman luas dalam bidang seni, iaitu Prof. Madya Dr. Mohammad Puad Bebit, Pengarah Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah (UMS); Dr. Junior Kimwah, Pensyarah Kanan Seni Visual, ASTiF, UMS; Tuan Lence Wain, Pensyarah GDA41, University College Sabah Foundation (UCSF).
Turut dipertandingkan ialah beberapa anugerah khas, ialah Anugerah Khas Inovasi Digital, Anugerah Ekspresi & Jiwa Tokoh, Anugerah Interpretasi Terbaik, Anugerah Penghayatan Tokoh, Anugerah Teknik Terbaik, Pameran Khas dan Anugerah Pilihan Juri.
Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan tokoh pemimpin Sabah, di samping mencungkil bakat baharu serta memperkasa perkembangan seni visual di negeri Sabah.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



