Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROGRAM SARJANA KESIHATAN AWAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
08 MEI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terdiri daripada mahasiswa Program Sarjana Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 28 April 2026.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan sisa di Bandaraya Kota Kinabalu, peranan DBKK dalam kawalan keselamatan makanan serta inisiatif keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan DBKK.
Sesi lawatan ini telah dipengerusikan oleh Puan Syron A. Tunggolou, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya. Hadir sama ialah Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai, DBKK.
Manakala, rombongan UMS diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Khamisah Awang Lukman, Profesor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS bersama mahasiswa Program Sarjana Kesihatan Awam.
Dalam sesi ini, hadirin telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan Arinah Atim, Pegawai Kesihatan Persekitaran, DBKK yang berkongsi mengenai pelaksanaan pengurusan kesihatan persekitaran serta pemantauan keselamatan makanan yang diamalkan di Bandaraya Kota Kinabalu.
Sesi kemudian diteruskan dengan perbincangan interaktif dan sesi soal jawab di antara pihak DBKK dan UMS, yang memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami secara lebih mendalam mengenai pelaksanaan dasar dan amalan di lapangan.
Semoga lawatan ini memperkukuh hubungan kerjasama di antara DBKK dan UMS, dalam memberi manfaat dalam perkongsian ilmu dan pengalaman, khususnya dalam bidang kesihatan awam dan pengurusan persekitaran bandar raya.
Terima kasih Universiti Malaysia Sabah!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Bazlie Amir#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKKSee less



