Berita: LINUNDUS UNDUK NGADAU KAAMATAN BANDARAYA KOTA KINABALU
14 MEI 2026: Peragaan busana etnik kontemporari hasil sentuhan kreatif pereka fesyen tempatan mencuri tumpuan ramai dan menjadi antara sorotan utama yang menyemarakkan lagi suasana di sekitar Linundus Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026, di The Oval, IMAGO Shopping Mall, pada 09 Mei 2026.
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Puan Grace Lee Li Mei, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik. Hadir sama ialah YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026 bersama isteri, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohd Soffi.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah dan barisan Pengurusan Tertinggi, DBKK, serta Mr. Kevin Loh Kah Voon, Chief Operating Officer Asian Pac Holdings Berhad selaku rakan strategik Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2026.
Kemuncak majlis menyaksikan penampilan anggun daripada 15 Finalis Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026, yang tampil dengan rekaan busana etnik kontemporari yang menggabungkan warisan budaya dan elemen moden.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Linundus Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026:
TATI BASAAN TINANDAI TOGINGO
Johan: Tati Adylee Arisen
Naib Johan: Tati Nicole Lynn Maurice
Ketiga: Tati Elisa Olanda JainisTATI BASAAN TINUNTURU NOTINANGAS
Johan: Tati Jacqueency Jwen John
Naib Johan: Tati Liane Melve Grace Lias
Ketiga: Tati Jean Christzabeth Yusevender
TATI KAANANGAN FB: Tati Liane Melve Grace Lias
TATI OPINING: Tati Salistah Samuel
TATI TOPIODO: Tati Jacqueency Jwen John
TATI TOSUAU: Tati Grace Jorest Josip
MISS KAAMATAN IMAGO: Tati Jacqueency Jwen JohnSAGUHATI:
Tati Divya Flavia Chai
Tati Sharlene Adelaide Alexandra
Tati Dovindra Ashley Alvin
Tati Joyce Nia David
Tati Lovyssa Lorand
Tati Avril Frances Nelver
Tati Felecity Chen Sing YeeTahniah diucapkan kepada semua peserta Unduk Ngadau Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2026!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



