Skip to main content

Berita: DBKK LAKSANA AKTIVITI GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN LANTAI DI PASAR PEKAN MANGGATAL

  • -

    24 JUN 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelesenan telah menganjurkan aktiviti gotong-royong pembersihan dan pencucian lantai di Pasar Pekan Manggatal pada 23 Jun 2026.

    Kerja-kerja pembersihan yang bermula seawal jam 10.00 pagi ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang penjaja bersama enam (6) anggota Bahagian Pengurusan Pasar, Jabatan Pelesenan, DBKK.

    Aktiviti pembersihan meliputi pencucian lantai di kawasan lot meja jualan serta laluan parit bagi memastikan kawasan pasar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat.

    Pelaksanaan program gotong-royong bulanan ini bertujuan untuk memastikan tahap kebersihan dan kekemasan Pasar Pekan Manggatal sentiasa terpelihara, demi keselesaan para pengunjung serta peniaga.

    Selain mencerminkan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama, inisiatif ini turut membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan komuniti pasar ke arah mewujudkan persekitaran bandar raya yang bersih, sihat dan lestari.

    DBKK merakamkan penghargaan kepada semua penjaja yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK