Skip to main content

Berita: Kursus Arborikultur Dan Pemangkasan Pokok Teduhan, Beri Pendedahan Kaedah Dan Teknik Penyelenggaraan Pokok Secara Teori Dan Praktikal

  • Liputan: Eleanor Michelle Patrick | Foto: Bryan Peter

    17 OKTOBER 2024: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan penuh mesra menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Zahri bin Haji Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya, pada 16 Oktober 2024. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua bandar raya melalui perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam pelbagai aspek pengurusan serta pembangunan bandar.

    Majlis dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir, Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK; Encik Victor G. Kuasi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Kewangan), DBKK; dan Encik Karim Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK.

    Lebih kurang 50 ahli delegasi MBPJ hadir yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan Ahli-ahli Majlis MBPJ serta pegawai-pegawai kanan dari pelbagai jabatan.

    Fokus pertemuan ini adalah untuk membincangkan proses kelulusan pelan pemajuan, memperhalusi tatakelola, dan meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada komuniti masing-masing.

    Perbincangan merangkumi taklimat yang disampaikan oleh Puan Tantinny Fung Chew Li, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, DBKK, yang membuka ruang kepada pertukaran idea produktif antara kedua-dua pihak.

    Interaksi mesra antara delegasi semakin mengukuhkan hubungan persahabatan, dan acara ini diserikan lagi dengan pertukaran cenderahati sebagai tanda penghargaan serta komitmen terhadap kerjasama masa depan.

    Kunjungan ini menandakan langkah penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara DBKK dan MBPJ, dengan harapan agar usaha sama ini dapat meningkatkan keberkesanan pentadbiran serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.