Skip to main content

Berita: CABARAN "KAMPUNGKU BERSIH" BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 JUBLI PERAK BANDARAYA KOTA KINABALU

  • "Dari Sebuah Cabaran, Lahirnya Sebuah Transformasi!"

    Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal telah mengadakan Cabaran "Kampungku Bersih". Program ini bukan sekadar satu pertandingan, tetapi merupakan satu gerakan komuniti yang telah menyatukan sebanyak 23 buah kampung di seluruh Kota Kinabalu untuk mencipta satu perubahan yang luar biasa. Antara impak luar biasa yang berjaya dicipta menerusi program ini ialah:

    Image removed. Persekitaran lebih bersih dan sihat: Ruang awam bebas sampah, sistem pengurusan sisa lebih efisien.

    Image removed. Landskap yang memukau: Taman-taman hijau dan kawasan rekreasi yang lebih mesra komuniti.

    Image removed. Inovasi kreatif: Idea-idea baharu untuk kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang.

    Image removed. Keselamatan komuniti: Peningkatan langkah keselamatan di kawasan kampung.

    Image removed. Daya tarikan pelancongan: Kampung-kampung lebih mesra pelancong dan mampu memacu ekonomi setempat.

    Para peserta akan dinilai berdasarkan lima (5) kriteria utama, iaitu Kebersihan (40%), Elemen Pelancongan (15%), Elemen Inovasi (15%), Elemen Keselamatan (15%) dan Elemen Landskap (15%).

    Pemenang akan diumumkan semasa Majlis Penutupan Upcycle @ Recology yang akan diadakan di pekarangan Bangunan DBKK pada 13 April 2025.

    Juara cabaran bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 berserta trofi dan sijil, manakala pemenang Naib Johan dan Tempat Ketiga bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 dan RM8,000 berserta trofi dan sijil. Sementara itu, pemenang Tempat Ke-4 dan Ke-5 akan menerima sagu hati bernilai RM1,000 manakala pemenang Tempat Ke-6 hingga Ke-10 akan menerima RM500, berserta sijil.

    Cabaran ini telah membuktikan bahawa apabila komuniti bersatu, tiada apa yang mustahil kerana ia bukan sahaja mencipta ruang yang lebih bersih dan selamat, tetapi juga menyemai rasa bangga dan cintakan kampung halaman.

    Siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara? Nantikan pengumuman penuh inspirasi ini!

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari
    #KampungkuBersih
    #UpcycleRecology
    #TransformasiKomuniti
    #BanggaBandarayaKK

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK