Berita: FINEST DANCE BATTLE, PLATFORM TONJOLKAN BAKAT TARI ANAK MUDA
20 FEBRUARI 2025: Kreativiti dan kemahiran yang diekspresikan menerusi olahan gerak tari telah memeriahkan lagi suasana sepanjang berlangsungnya Finest Dance Battle Vol. 3, yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, bertempat di The Oval, IMAGO Shopping Mall, pada 16 Februari 2025.
Acara anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama rakan strategik, IMAGO Shopping Mall dan New Era ini merupakan antara platform bagi mengumpul dan menonjolkan bakat-bakat pemuda tempatan, menerusi tarian.
Kemeriahan acara dirasai sepanjang pertandingan yang berlangsung mulai 10 pagi hingga 10 malam ini, dengan menyaksikan persaingan sengit antara peserta untuk merangkul gelaran juara dalam dua (2) kategori yang dipertandingkan.
Berikut adalah senarai pemenang Finest Dance Battle Vol. 3:
1.) Kategori 3 On 3 Openstyle Battle:
Johan (RM3,000) - 300
Naib Johan (RM2,000) - Dimension
2.) Kategori 1 On 1 Openstyle Battle:
Johan (RM1,500) - EZKAY
Naib Johan (RM1,000) - JIBS
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK yang hadir mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, para hadirin turut berpeluang untuk menemui barisan personaliti tempatan seperti Faruq (Elecoldxhot), Fareedpf, K-Rule, AzimHebat, Ray dan DJ Rocatz.
Semoga pertandingan ini menjadi pemangkin kepada bakat tempatan untuk melangkah lebih jauh dalam bidang tari. Tahniah kepada semua pemenang!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



