Skip to main content

Berita: LAWATAN TEKNIKAL DELEGASI TPO KE DESTINASI TUMPUAN PELANCONG SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU

  • -

    16 JULAI 2025: Delegasi Tourism Promotion Organization (TPO) yang terdiri daripada Secretariat Busan, Korea dan Malaysia telah menyertai lawatan teknikal ke destinasi-destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, sebagai antara pengisian sepanjang berlangsungnya TPO Regional Meeting 2025 For Global Cities, pada 09 Julai 2025.

    Rombongan delegasi terdiri daripada TPO Secretariat Busan, Korea dan Malaysia, iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah; Majlis Bandaraya Ipoh, Perak; Majlis Daerah Kampar, Perak; Majlis Perbandaran Kota Bharu; Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang dan Majlis Perbandaran Taiping, Perak.

    Dalam sesi lawatan ini, rombongan delegasi telah dibawa ke salah sebuah pusat membeli belah yang terdapat di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu dan terkenal dengan pelbagai pilihan kedai, termasuk jenama antarabangsa, tempat makan dan hiburan. Selain itu, rombongan turut dibawa untuk melawat ke sekitar Anjung Kinabalu yang begitu sinonim dengan cenderamata buatan tempatan, seperti kraftangan, mutiara dan makanan laut kering.

    Kedua-dua lokasi ini merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke negeri ini.

    Lawatan diakhiri dengan majlis makan malam bersama delegasi TPO Secretariat Busan, Korea dan Malaysia, bertempat di Hyatt Centric Kota Kinabalu, pada pukul 7 malam.

    Hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu; YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; Encik Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu; Ms. Kang Da Eun, Secretary General, TPO, Busan, Korea; Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), DBKK selaku Pengerusi Program TPO Regional Meeting 2025 For Malaysian Members; Ahli-ahli TPO dan Encik Abdul Mukti Hj. Muchlish, Pengetua Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez & Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu

    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi

    JPPA, DBKK