Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SABAH CREATIVE ECONOMY AND INNOVATION CENTRE (SCENIC)
20 OGOS 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), pada 19 Ogos 2025.
Rombongan yang diketuai oleh Encik Johan Julian Lee itu telah disambut mesra oleh Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi), DBKK. Hadir sama ialah Encik LAr. Rozie Khan bin Halik, Pengarah Jabatan Pelesenan, DBKK; Puan Hana'aifah binti A.S Suhaili, Pengarah Jabatan Pengangkutan dan Trafik, DBKK serta beberapa pegawai DBKK dari pelbagai jabatan yang berkaitan.
Sesi pertemuan ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pengenalan kepada pelaksanaan acara Hobbycon 2025 yang dijangka akan berlangsung pada 13 dan 14 Disember 2025.
Selain itu, perbincangan ini turut menekankan potensi kerjasama strategik bersama DBKK, dalam usaha mempromosikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai destinasi pilihan pelancong melalui penganjuran acara-acara kreatif dan berimpak tinggi.
DBKK merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SCENIC atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga ia menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Hal Ehwal Korporat, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



