Skip to main content

Berita: MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU SERAH SUMBANGAN KEPADA KAKITANGAN DBKK TERKESAN BENCANA KEBAKARAN

  • -

    26 OGOS 2025: Bagi meringankan beban yang dihadapi, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan isteri, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi telah memberi sumbangan bencana kepada Encik Mohd Iskandarsyah bin Basir, kakitangan Jabatan Landskap, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang terkesan akibat insiden kebakaran di Kampung Suang Parai, Manggatal, pada 24 Ogos 2025.

    Hadir sama ialah Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi), DBKK; Encik Karim bin Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK; Encik Sairullizam bin Sukor, Pengarah Jabatan Perundangan merangkap Chief of Staff Pejabat Mayor; Dr. Albert Lintanga, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, DBKK dan Puan Hajah Salmah binti Aplasin, Pengarah Jabatan Landskap, DBKK.

    Sumbangan yang disampaikan ini diharap dapat meringankan beban yang dipikul oleh Encik Mohd Iskandarsyah bin Basir serta keluarga.

    Sumber Info dan Foto: Pejabat Mayor

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK