Skip to main content

Berita: 4 HARI MENJELANG TANGGAL 31 OGOS, RAPTAI PERTAMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN HARI SABAH 2025 BERJALAN DENGAN LANCAR

  • -

    27 OGOS 2025: Hanya tinggal empat (4) hari menjelang detik bersejarah 31 Ogos, raptai pertama Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 berlangsung penuh bersemangat dengan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi yang berganding bahu memastikan kelancaran acara.

    Sambutan tahun ini antaranya bakal menampilkan Acara Berjalan Lalu daripada 125 kontinjen perbarisan yang dibahagikan kepada lapan kategori, iaitu:

    Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi
    Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi
    Swasta/Komersial
    Persatuan Etnik Sabah
    Pertubuhan Bukan Kerajaan
    Institut Pengajian Tinggi
    Sekolah Menengah
    Sekolah Rendah

    Selain itu, tidak ketinggalan 44 buah aset kenderaan turut dijangka mencuri tumpuan pengunjung yang hadir.

    Antara yang dinanti-nantikan ialah Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Tentera Darat Malaysia dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Luqman Hakim bin Sahar dengan kekuatan anggota seramai tiga (3) Pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

    Raptai hari ini turut disaksikan oleh YB Datuk Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N19 Likas; Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan) DBKK; serta ahli-ahli jawatankuasa penganjur dari pelbagai jabatan dan agensi.

    Terima kasih atas komitmen semua yang menjayakan raptai pertama ini. Jumpa lagi di raptai kedua esok, 28 Ogos 2025!

    Ayuh kita sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 pada 31 Ogos 2025 di Jalan Tun Fuad Stephens.

    Foto: Renaldo Fernandez

    #HKHM2025
    #MalaysiaMADANI
    #RakyatDisantuni
    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK