Skip to main content

Berita: TAHNIAH! KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN BERJALAN LALU PERBARISAN HARI KEBANGSAAN HARI SABAH 2025

  • -

    31 OGOS 2025: Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 di Jalan Tun Fuad Stephens hari ini menyaksikan sebanyak 169 kontinjen yang menyertai Acara Berjalan Lalu, terdiri daripada 126 kontinjen perbarisan dan 43 buah aset kenderaan.

    Hadir menyempurnakan Acara Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YB Datuk Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.19 Likas; YBhg. Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair, JP, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025.

    Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Berjalan Lalu Perbarisan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025:

    JABATAN KERAJAAN BERPAKAIAN SERAGAM RASMI:

    Johan: Jabatan Perhutanan Sabah
    Naib Johan: Majlis Perbandaran Sandakan
    Ketiga: Jabatan Tanah dan Ukur Sabah

    JABATAN KERAJAAN TIDAK BERPAKAIAN SERAGAM RASMI:

    Johan: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
    Naib Johan: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
    Ketiga: Kementerian Kerja Raya Sabah
    Ke-4: Kementerian Belia dan Sukan Sabah
    Ke-5: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar
    Ke-6: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah
    Ke-7: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
    Ke-8: Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
    Ke-9: Jabatan Perikanan Sabah
    Ke-10: Jabatan Ketua Menteri

    SWASTA/KOMERSIAL:

    Johan: Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
    Naib Johan: Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah
    Ketiga: Kumpulan Yayasan Sabah

    PERSATUAN ETNIK SABAH:

    Johan: Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Bajau Tabawan Sabah (SABATA)
    Naib Johan: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah
    Ketiga: Persatuan Etnik Dusun Minokok Tompizos Sabah (PEDMTS)

    PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO):

    Johan: Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah
    Naib Johan: Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Kinabalu
    Ketiga: Majlis Belia Sabah

    IPTA/IPTS:

    Johan: Komander Kesatria UiTM Cawangan Sabah
    Naib Johan: MAHSA College Sabah
    Ketiga: Petronas, Briged Bomba dan Penyelamat Kimanis Petroleum Training Centre

    SEKOLAH MENENGAH:

    Johan: Kadet Koreksional Negeri Sabah
    Naib Johan: SMK Tansau, Penampang
    Ketiga: SM Stella Maris, Kota Kinabalu

    SEKOLAH RENDAH:

    Johan: SK Tobobon, Kota Kinabalu
    Naib Johan: SK Api Api, Kota Kinabalu
    Ketiga: Pengakap SK Sri Gaya

    Pemenang Johan, Naib Johan dan Ketiga bagi semua kategori perbarisan masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,500, RM1,300 dan RM1,000 berserta piala iringan dan sijil.

    Sementara itu, bagi pemenang Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi di tempat Ke-4, Ke-5 dan Ke-6, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM900, RM800 dan RM700, manakala pemenang tempat Ke-7 hingga Ke-10 membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM600 berserta piala iringan dan sijil.

    Setinggi-tinggi tahniah kepada semua kontinjen perbarisan yang telah menjayakan Acara Berjalan Lalu bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #HKHM2025
    #MalaysiaMADANI
    #RakyatDisantuni
    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK