Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA LAWATAN KERJA AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA)

  • -

    02 SEPTEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada delegasi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), bertempat di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK, pada 28 Ogos 2025.

    Rombongan delegasi yang diketuai oleh Ts. Kamaruzzaman bin Wahid, Pengarah Bahagian Aplikasi Strategik, MYSA ini telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK.

    Hadir sama ialah Encik Muhammad Azzam bin A. Wahab, Pegawai Penyelidik, Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik; Gs. Siti Muazah binti Md. Zin, Pegawai Penyelidik, Bahagian Aplikasi Strategik serta Ts. Muhammad Fuad bin Ahmad, Pegawai Penyelidik, Bahagian Perancangan & Komunikasi Strategik, MYSA.

    Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan cadangan pelaksanaan sistem GIS, keperluan imej satelit, integrasi data DBKK serta cadangan mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MYSA dan DBKK.

    Antara pengisian lawatan termasuk sesi taklimat GeoVal & ArcMap yang disampaikan oleh Puan Abby Mae Joe, Pengarah Jabatan Penilaian, DBKK diikuti dengan taklimat daripada pihak MYSA berkaitan fungsi agensi, teknologi angkasa dan hala tuju strategik MYSA.

    Pertemuan ini diharap akan memperkukuh hubungan kerjasama di antara DBKK dan MYSA dalam usaha mentransformasikan kualiti perkhidmatan ke tahap yang lebih tinggi.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK