Berita: DBKK TERIMA LAWATAN DARIPADA JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT
03 SEPTEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima lawatan ringkas daripada Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Batu Pahat (JPH, MPBP), Johor, bertempat di Pejabat Pengarah Jabatan Penilaian, hari ini.
Fokus utama lawatan ini adalah untuk perkongsian maklumat berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan cukai harta di dalam kawasan pentadbiran DBKK.
Rombongan JPH, MPBP telah disambut mesra oleh Puan Abby Mae Joe, Pengarah Jabatan Penilaian, DBKK bersama Pegawai-pegawai Kanan, Jabatan Penilaian, DBKK.
Manakala, rombongan JPH, MPBP terdiri daripada Sr. Norhisam bin Selamat, Pegawai Penilaian bersama Penolong-penolong Pegawai Penilaian, iaitu Encik Mohd. Izzuddin Farid bin Md. Noh dan Puan Rohanah binti Ya’kob.
Semoga lawatan ringkas ini dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat di antara DBKK dan MPBP di masa akan datang.
Terima kasih Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Batu Pahat!
Foto: Renaldo Fernandez
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



