Berita: AMALKAN PEMBUANGAN SAMPAH SECARA BERHEMAH, KELESTARIAN BANDAR RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
09 SEPTEMBER 2025: Tong sampah roro disediakan untuk kemudahan orang ramai, tetapi masih ada segelintir masyarakat yang membuang sampah di luar tong. Tindakan ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah menjejaskan kebersihan serta menimbulkan risiko kesihatan.
Hal ini yang berlaku di kawasan kampung di Jalan UMS, apabila sebahagian penduduk didapati meninggalkan sampah di tepi tong sampah roro dan bukannya memasukkannya ke dalam tong yang disediakan. Sikap sambil lewa ini mengakibatkan timbunan sampah di luar tong dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
Masalah ini juga sering dilihat di kawasan komersial lain yang menggunakan pusat pelupusan sampah dan rumah sampah. Sampah yang dibuang di luar tong bukan sahaja menyukarkan kerja-kerja pembersihan, malah turut mencemarkan imej bandar raya.
Buang sampah terus ke dalam tong yang disediakan.
Laporkan kepada DBKK sekiranya tong penuh atau kutipan belum dilakukan.
Ingat, kebersihan bandar raya bermula daripada diri kita sendiri.
Ingat! Tong sampah bukan hiasan, manfaatkan dengan betul.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



