Berita: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PRR PUTERA KIANSOM, KOTA KINABALU
03 OKTOBER 2025: Majlis Penyerahan Projek Siap Bagi Program Residensi Rakyat (PRR) Putera Kiansom, Inanam telah diadakan di Bilik Media, Aras 1, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya pada 29 September 2025.
Penyerahan projek siap ini melibatkan enam (6) blok iaitu Blok E, F, G, H, I dan J, menandakan keseluruhan Projek PRR Putera Kiansom yang melibatkan pembinaan 10 blok perumahan telah siap sepenuhnya.
Hadir dalam Majlis Menandatangani Dokumen Penyerahan Projek Siap PRR Putera Kiansom adalah Puan Hajah Jamaliah Basir, Pengarah Jabatan Pengurusan Harta, DBKK mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, sambil disaksikan oleh YBhg. Datuk Wira M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT.
Terdahulu, penyerahan projek siap PRR Putera Kiansom bagi empat (4) blok, yang terdiri daripada Blok A, B, C dan D telah disempurnakan pada 05 Mei 2025.
Sumber Info: Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK
Foto: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Suntingan: Bahagian Media dan Komunikasi, JPPA#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi,
JPPA, DBKK



