Skip to main content

Berita: KOTA KINABALU SAMBUT HARI TANDAS SEDUNIA 2025, DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU PERKUKUH STANDARD KEBERSIHAN BANDAR RAYA

  • -

    5 DISEMBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyambut Hari Tandas Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2025 pada 4 Disember lalu, sebagai manifestasi komitmen berterusan untuk memperkukuh aspek sanitasi, kesihatan awam dan budaya kebersihan bandar raya.

    Majlis dirasmikan oleh Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, yang menekankan bahawa kebersihan tandas adalah lambang peradaban dan maruah masyarakat serta menjadi penanda aras kemajuan sesebuah bandar.

    Dalam ucapannya, Mayor menjelaskan bahawa DBKK terus meningkatkan standard kebersihan melalui pemeriksaan berkala, pemantapan garis panduan penyelenggaraan, program pemutihan tandas awam serta penggunaan teknologi pintar seperti aplikasi iCare, CCTV dan sensor tandas di bawah inisiatif Smart City Early Adopter 2025.

    Tahun ini, Pertandingan Tandas Bersih 2025 menerima penyertaan luas yang merangkumi sekolah, pusat pelancongan, stesen minyak, pusat beli-belah, rumah ibadat, hotel, restoran serta premis makanan.

    Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu Hotel dan Rumah Ibadat, hasil sokongan MAH, JHEAINS dan Majlis Gereja-Gereja Sabah. Penilaian dilaksanakan secara profesional menggunakan Borang Pengauditan & Penarafan Bintang Tandas Awam KPKT(Pindaan 2004).

    Mayor turut merakamkan penghargaan kepada institusi pendidikan, rumah ibadat, pengusaha premis makanan, pusat beli-belah, hotel, persatuan perniagaan serta semua rakan kolaborasi yang menyokong usaha DBKK ke arah bandar raya yang lebih bersih, sihat dan berperadaban tinggi.

    Beliau mengajak semua pihak untuk bersama membudayakan kebersihan selaras tema tahun ini, “Tandas Bersih, Komuniti Sejahtera”.

    SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN TANDAS BERSIH 2025

    KATEGORI STESEN MINYAK

    Johan: Petron Jalan Damai
    Naib Johan: Petron Ulam North
    Ketiga: Petron Ulam South

    KATEGORI PUSAT BELI-BELAH

    Johan: Imago Shopping Mall
    Naib Johan: Suria Sabah Mall
    Ketiga: 88 Mall

    KATEGORI PUSAT PERANGINAN / PELANCONGAN

    Johan: Mari Mari Cultural Village
    Naib Johan: Homestay Desa Cinta Kobuni, Kg. Kobuni Inanam
    Ketiga: Aquascape Centre

    KATEGORI HOTEL

    Johan: Promenade Hotel Kota Kinabalu
    Naib Johan: Grandis Hotel and Resorts
    Ketiga: Hyatt Centric Kota Kinabalu

    KATEGORI PREMIS MAKANAN (KEDAI KOPI)

    Johan: Kedai Kopi Kinabalu
    Naib Johan: Yen Ai Herbal Tea Shop
    Ketiga: Kedai Kopi Ocean King

    KATEGORI PREMIS MAKANAN (COFFEE HOUSE)

    Johan: Lucky Bean Kingfisher
    Naib Johan: Café 17
    Ketiga: Manmi Yogurt KKTS

    KATEGORI PREMIS MAKANAN (RESTORAN)

    Johan: 12 Dining
    Naib Johan: Hai Di Lao Malaysia Sdn. Bhd.
    Ketiga: QSR Stores Sdn. Bhd., Jalan Sulaman

    KATEGORI SEKOLAH RENDAH (BANDAR)

    Johan: SK Lok Yuk Likas
    Naib Johan: SK Lok Yuk Inanam
    Ketiga: SK Kebangsaan Api-Api
    Ketiga (Berkongsi): SK St. Catherine Kota Kinabalu

    KATEGORI SEKOLAH RENDAH (LUAR BANDAR)

    Johan: SK Poring-Poring
    Naib Johan: SK Babagon Toki
    Ketiga: SK Ruminding

    KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

    Johan: Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu
    Naib Johan: SM All Saints
    Ketiga: SM Stella Maris, Tanjung Aru

    KATEGORI RUMAH IBADAT (TOKONG)

    Johan: Pertubuhan Ugama Buddha Che Sze Lim Kota Kinabalu
    Naib Johan: K.K. Buddhist Peak Naam Toong Mission

    KATEGORI RUMAH IBADAT (GEREJA)

    Johan: Calvary Charismatic Centre, Tanjung Aru
    Naib Johan: Gereja Katolik St. Catherine of Siena, Inanam
    Ketiga: Wisma SIB Sabah, Taman Hong Kong

    KATEGORI RUMAH IBADAT (MASJID / SURAU)

    Johan: Surau Ar-Rahman, Kampung Tobur Rampayan
    Naib Johan: Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang
    Ketiga: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

    #BandarayaKotaKinabalu
    #bandarayapintardanlestari
    #BandarayaBersih
    #KomunitiSejahtera

    Laporan disediakan oleh:
    Unit Penerangan, Pejabat Mayor DBKK
    Bella Berhaman
    Pegawai Penerangan

    Mohd. Asruddey Rusli
    Jurugambar