Skip to main content

Berita: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SIRI 10/2025, PENUTUP TIRAI PROGRAM BAGI TAHUN 2025

  • -

    19 DISEMBER 2025: Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ melabuhkan tirainya bagi tahun ini dengan penganjuran Siri 10/2025 yang berlangsung dengan jayanya di KK Sentral, pada 13 Disember 2025.

    Program ini merupakan inisiatif Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup bandar menerusi pelaksanaan program dan aktiviti pelancongan dengan penglibatan komuniti setempat.

    Dalam masa yang sama, penganjuran program ini turut mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan dengan keunikan budaya dan kaum yang terdapat di negeri ini.

    Program yang diadakan bermula 7 pagi hingga 5 petang ini dimulakan dengan acara KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride yang melibatkan seramai 18 orang peserta daripada Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah, Papar dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya.

    Program kemudian diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai di KK Sentral, antaranya ialah persembahan Kulintangan yang dibawakan oleh Darau Wetland dan sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil-wakil daripada Jabatan DBKK, iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Bandaraya.

    Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Darna binti Badawi, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK. Berikut adalah senarai penuh pemenang mengikut pertandingan:

    Image removed. PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA (MENGHASILKAN POSKAD)

    Kategori 7-17 tahun ke atas:

    Johan: Richard Thomas
    Naib Johan: Samuel Luther
    Ketiga: Sandy Adelya
    Saguhati: Charlie Ariana Oh

    Image removed.PERTANDINGAN MEMBUAT POKOK KRISMAS

    Johan: Nadia Aiman
    Naib Johan: Chang Yun Kong
    Ketiga: Anna Voon
    Saguhati: Aron Banua

    Image removed. PERTANDINGAN MINI SUKANEKA TRADISI (BERKUMPULAN)

    Johan: Kumpulan Chin Family
    Naib Johan: Kumpulan Lee Family
    Ketiga: Kumpulan Thunder

    Image removed. PERTANDINGAN PENCARIAN BAKAT

    I.) Kategori A (7-17 tahun)

    Johan: Chloe May
    Naib Johan: Reysha Nur Adreea binti Rizal
    Ketiga: Nur Malaeka Zhafrah
    Saguhati: Arief Hakeem Hassim

    II.) Kategori B (18 tahun ke atas)

    Johan: Roeferrer M.
    Naib Johan: Sahidan bin Mohd Ramli
    Ketiga: Muhamad Safrie
    Saguhati: Jasper Koh Wei Kiet

    Sepanjang program ini berlangsung, pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk melawat ke ruang pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi. Antaranya ialah Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Travers & Tour, Kraftangan Malaysia, Balai Seni Lukis, Darau Wetland, Desa Cinta Kobuni, DBKK Holdings Sdn. Bhd. serta jabatan-jabatan DBKK, seperti Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Bandaraya.

    Terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa dan peserta atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang penganjuran Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ pada tahun 2025.

    Semoga objektif dan matlamat program terus dicapai dalam usaha memupuk semangat kerjasama komuniti serta memperkukuh penglibatan masyarakat dalam menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya yang lestari.

    Jumpa lagi di tahun hadapan!

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK