Berita: JOM IKUTI PROGRAM KEBUN BANDAR KOTA KINABALU
11 MEI 2026: Sehingga kini, sebanyak 10 komuniti kebun bandar telah diwujudkan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Landskap, sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2022.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada warga Bandaraya Kota Kinabalu untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti pertanian bandar, sebagai salah satu bentuk riadah.
Selain itu, program ini turut memperkukuh hubungan dalam kalangan komuniti, di samping membuka peluang untuk pembangunan kemahiran serta menyokong agenda keselamatan makanan bandar.
Antara kejayaan program ini boleh dilihat melalui komuniti seperti Persatuan Penduduk Taman Sempelang Kota Kinabalu, yang boleh diikuti di Facebook menerusi pautan https://www.facebook.com/share/1Dy1AhiWKF/
Orang ramai amat dialu-alukan untuk menyertai program kebun bandar ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan program komuniti kebun bandar, hubungi talian 011-62181913 (Puan Veronica M).
Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



