Skip to main content

Berita: JABATAN BOTANI, DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT BORNEO RHINO ALLIANCE (BORA) & PERSATUAN ARKITEK MALAYSIA (PAM)

  • -

    11 MEI 2026: Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima dua (2) lawatan perbincangan daripada rakan-rakan strategik yang berpotensi dalam menyokong fungsi Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah sebagai sebuah pusat konservasi, pendidikan dan rekreasi bandar, pada 30 April 2026.

    Lawatan pertama adalah daripada Borneo Rhino Alliance (BORA) yang terdiri daripada Datuk Dr. Junaidi Payne, Pengarah Eksekutif BORA bersama kakitangan BORA, Pn. Lonia Adam.

    Menerusi pertemuan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan cadangan pelaksanaan program penanaman Ficus yang terpilih di Taman Botani, sebagai usaha konservasi dan pengayaan diversiti tumbuhan. Spesies Ficus atau ara memainkan peranan penting dalam ekosistem kerana buahnya menjadi sumber makanan kepada pelbagai hidupan liar seperti burung dan mamalia kecil.

    Selain itu, Jabatan Botani, DBKK turut menerima lawatan daripada Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) yang diketuai oleh Puan Ar. Sharon Amin bersama ahli-ahli, PAM.

    Antara yang dibincangkan ialah cadangan pelaksanaan ‘Sketching Competition’ yang akan diadakan di Taman Botani. Program ini dilihat berpotensi menggalakkan penghayatan seni bina, landskap dan alam semula jadi melalui aktiviti lakaran secara langsung di persekitaran taman.

    Pertemuan ini diharap menjadi titik pemula kepada ruang kerjasama strategik di antara DBKK bersama Borneo Rhino Alliance (BORA) dan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM), dalam memperkukuh peranan Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah sebagai ruang pembelajaran, konservasi, kreativiti serta penglibatan komuniti.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKKSee less