Berita: SESI LIBAT URUS PERTANDINGAN KITAR SEMULA ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH
22 JUN 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya (JPPB) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pertandingan Kitar Semula Antara Sekolah-Sekolah di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK, pada 19 Jun 2026.
Sesi yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK ini bertujuan untuk menerangkan pelaksanaan pertandingan, syarat penyertaan, mekanisme kutipan bahan kitar semula dan minyak masak terpakai serta kaedah dan kriteria penilaian yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh pertandingan.
Hadir sama dalam sesi ini ialah Encik Rozie Khan bin Halik, Pengarah dan pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya, DBKK serta 40 orang wakil sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Dalam ucapannya, Tuan Robert Lipon menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) di sekolah sebagai usaha melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Tambahnya, pertandingan ini diharap dapat menjadi platform untuk mencetuskan inovasi, meningkatkan kadar pengasingan sisa di punca serta memperkukuh amalan kitar semula di institusi pendidikan.
Pertandingan Kitar Semula Antara Sekolah-Sekolah Siri Kelima ini menampilkan beberapa pembaharuan, termasuk tempoh pertandingan yang dipanjangkan kepada enam (6) bulan, bermula April hingga September 2026 bagi membolehkan sekolah-sekolah melaksanakan program kitar semula secara lebih sistematik, konsisten dan berimpak tinggi.
Bagi edisi kali ini, sebanyak empat (4) kategori dipertandingkan, iaitu:
Kategori Barangan Kitar Semula
Kategori Minyak Masak Terpakai
Kategori Sudut Inovatif 3R
Anugerah Guru Inspirasi 3RSelain itu, pertandingan pada tahun ini turut menawarkan hadiah-hadiah yang lebih menarik sebagai penghargaan kepada sekolah dan guru yang menunjukkan komitmen serta pencapaian cemerlang.
Hadiah Kategori Barangan Kitar Semula & Minyak Masak Terpakai
Johan – RM20,000, Piala & Sijil
Naib Johan – RM15,000, Piala & Sijil
Tempat Ketiga – RM8,000, Piala & Sijil
Tempat Keempat – RM2,000 & Sijil
Tempat Kelima – RM1,000 & Sijil
Tempat Keenam hingga Kesepuluh – RM700 & Sijil
Hadiah Kategori Sudut Inovatif 3R
Johan – RM5,000, Piala & Sijil
Naib Johan – RM3,000, Piala & Sijil
Tempat Ketiga – RM1,500, Piala & Sijil
Tempat Keempat – RM800 & Sijil
Tempat Kelima – RM500 & Sijil
Tempat Keenam hingga Kesepuluh – RM300 & Sijil
Hadiah Anugerah Guru Inspirasi 3R
Johan – RM2,000, Piala & Sijil
Naib Johan – RM1,300, Piala & Sijil
Tempat Ketiga – RM700, Piala & SijilPenganjuran Pertandingan Kitar Semula Antara Sekolah-Sekolah Siri Kelima ini diharap akan menggalakkan penyertaan daripada sekolah di sekitar bandar raya dalam usaha membudayakan amalan kitar semula dan pengasingan sisa di punca.
Inisiatif ini bukan sahaja mampu meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga sekolah, malah turut melahirkan generasi yang bertanggungjawab, kreatif dan komited dalam memelihara kelestarian alam sekitar demi masa depan yang lebih hijau dan mampan.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



