Skip to main content

Berita: SABAH ENERGY CORPORATION SDN. BHD. TEROKA PELUANG SERTAI PROGRAM PENDIDIKAN BOTANI & ALAM SEKITAR

  • -

    3 JULAI 2026: Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan daripada Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd., bertempat di Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah, pada 26 Jun 2026.

    Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam penganjuran program pendidikan botani dan alam sekitar untuk pelajar sekolah.

    Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan “Pakej Floraventure”, iaitu program pembelajaran interaktif yang menggabungkan penerokaan alam semula jadi, aktiviti pendidikan dan pendedahan kepada kepentingan pemuliharaan biodiversiti.

    Kerjasama ini diharap dapat memupuk kesedaran serta minat generasi muda terhadap pemeliharaan flora dan alam sekitar melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

    Sekiranya tedapat agensi kerajaan, swasta, organisasi dan sekolah yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau ingin membuat tempahan pakej, hubungi Encik Jickron Jolidi (012-8366750)

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDAnLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK