Skip to main content

Berita: MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU TINJAU SITUASI BANJIR DI KAMPUNG RAMPAYAN LAUT

  • -

    2 OKTOBER 2026: Susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar bandar raya, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah meninjau keadaan di Kampung Rampayan Laut, sekitar jam 9 malam pada 1 Oktober 2026.

    Kampung Rampayan Laut merupakan antara kawasan yang terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang berlaku semalam.

    Dalam lawatan tersebut, Dato’ Sri Mayor turut meninjau keadaan di kediaman penduduk yang terjejas serta menasihati mereka supaya sentiasa peka terhadap keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.

    Terdahulu, Dato’ Sri Mayor yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu telah mengisytiharkan bencana banjir bagi daerah Kota Kinabalu. Setakat ini, Dewan Masyarakat Manggatal telah diaktifkan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Luar Bandar, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK