Skip to main content

Berita: PENGLIBATAN KOMUNITI MERIAHKAN PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA 'LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET'

  • -

    17 SEPTEMBER 2025: Penglibatan komuniti setempat dalam program-program pelancongan terus diperkasa menerusi Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 7/2025 yang berlangsung dengan meriah di KK Sentral, pada 13 September 2025.

    Program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar menerusi penganjuran pelbagai program pelancongan.

    Tirai acara dibuka dengan Program KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride yang memberi peluang kepada para peserta untuk berbasikal ke tiga (3) pusat ibadah di sekitar bandar raya, di mana mereka telah diberi taklimat dan lawatan ringkas di setiap lokasi.

    Antaranya ialah Gurdwara Sahib Sikh Temple, Masjid Negeri Sabah dan Sacred Heart Cathedral. Seramai 13 peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini, mereka terdiri daripada pelajar Asian Tourism International (ATI) College dan pelancong yang berdaftar dengan pihak Sabah Tourist Guides Association (STGA).

    Setelah itu, rombongan telah berbasikal kembali ke KK Sentral di mana program diteruskan dengan aktiviti-aktiviti santai dan pertandingan yang mendapat penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap pertandingan:

    PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA

    i.) Kategori Sekolah Rendah

    Johan : Awang Azfar A.Azhar
    Naib Johan : Dayang Nurasyifa Binti A.Azhar
    Ketiga : Eaneleda Frederick Chow
    Saguhati : Nur Qaisara Bt. Sabry

    ii.) Kategori Sekolah Menengah

    Johan : Lee Zhi Hao
    Naib Johan : Eriza Natasya
    Ketiga : Dayang Siti Nuradawi Ariqah A.Azhar

    PERTANDINGAN SAHIBBA (TERBUKA)

    Johan : Jamilah Naim
    Naib Johan : Haryati Bt Aiba
    Ketiga : Nor Aisya Bt Abd Said
    Saguhati : Mohd Luqman Hakimi

    PERTANDINGAN CONGKAK (TERBUKA)

    Johan : Jennifer Paladius
    Naib Johan: Shazleeyatie Rosli
    Ketiga : Nor Aisyah Bt Abd Said
    Saguhati : Nurimah Husin

    PERTANDINGAN KOIR

    Johan : Senior SK Kepayan (Kumpulan 2)
    Naib Johan : Junior SK Kepayan (Kumpulan 1)

    Selain itu, para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan yang dibawakan khas oleh Kumpulan Penari Kinabalu, yang tampil dengan tarian Sumazau dan Daling-Daling. Turut menjadi tumpuan ramai adalah pembukaan reruai yang mempamerkan produk dan hasil karya komuniti.

    Antaranya ialah Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Travers & Tour, Tinggi-Tinggi Hub, Sistem Latihan Dual Nasional, Lexiestore, Kraftangan Malaysia, Balai Seni Lukis, Darau Wetland, Desa Cinta Kobuni, DBKK Holdings Sdn. Bhd., serta Jabatan-jabatan DBKK, iaitu Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa (JPIHEA), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB).

    Semoga pengajuran Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ terus menjadi wadah penyatuan komuniti ke arah kesejahteraan bersama.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez & Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK